Saturday 1 December 2018

27/11/2018

Moga Allah memberi aku segunung kekuatan, segenggam harapan. 

Harapan.

Ya, aku perlukan peluang untuk aku melantun naik ke atas kembali. 
Aku tahu roda aku saat ini terhenti di bawah. Semua kata-kata baik mahupun buruk aku semat dalam hati. 

Sakit.. Terlampau byk sakit yg aku dpt.

Aku percaya akan janji Allah. Setimpal dgn apa yg diperbuat. Moga doa org teraniaya ini, dimakbulkan terus. 

Aku letakkan semua kesalahan ini pada diri aku, sama seperti kamu yg sedang menuding jari ke arah aku. Aku yg salah, membenarkan kamu menghancuri hidup aku. 


Monday 15 October 2018

PAKU


Dia tanam paku dlm diri aku dulu, skrg dia mahu cabut balik paku tu. Tapi dia x sedar, paku yg akan dia cabut itu akan mematikan jiwa dia, meninggalkan bekas hodoh di jiwa aku. 

Itu la jgn tanda dgn paku, aku bkn puntianak.

Wednesday 10 October 2018

Nota Aku | 210818



I could see the pain u hold in ur eyes, 
I could see all the untold story hiding deep down in ur heart, 
I could see all the misery u keep it mystery. 

But then it make u feel better, it make u stronger than before, it make u who u are today.

Untuk tarikh ini, aku ingat doa yang aku submit byk2 kali untuk keselamatan dan kesejahteraan kamu.


Nota Aku | 270818



Aku manusia, sama dgn kau. Tak pernah lepas dari membuat kesilapan, kita pendosa tanpa noktah.

Tapi apa yang aku suka pasal kita ialah, kita sentiasa mencuba menjadi lebih baik hari ke hari tanpa menuding jari antara satu sama lain. 


A Blunder


Org yg kental pun tergugat, klu dh makin hari makin di sogok-sogok dengan ayat-ayat yg tak kurang juga buat org dh fikir lain. 

Nk suruh sabar, boleh..

Tapi bila sabar, nk buat org marah plak.

Merintih juga air mata ni.

Tapi takpe la, aku tahu kamu kuat.  Last mesej aku pada kamu bertanyakan kejujuran kamu selama ni, kamu lansung tidak membalasnya.. Bermakna kamu tidak yakin, cuma bermain dgn kata2. Aku takut apa yg kamu buat pada aku 'tulah' pada diri kamu sendiri.  Soal cinta dan syg, aku tidak mampu paksa. Tapi setelah kamu berkata bahawa kamu mencintai org lain, aku fikir kamu tidak akan cari aku lagi. Malah, berkata rindu dan syg pada aku.  Aku ni makhluk yg wujud tika kamu kebosanan dan perlukan saja.  

Aku penat.  Aku tak reti nk luahkan bahawa aku penat.  Demi Allah, tidak la aku berdendam dgn kamu.  Aturan Allah itu sgt cantik, aku bljr byk perkara dari kamu. 

Pergi la, terbang bebas di langit milik mu. 
Cintai org yg kamu ingin cintai, bahagiakan diri sebahagia yg kamu ingin rasai.

Aku dan mendung ku takkan berpisah, tapi aku yakin dan pasti suatu hari nanti mendung aku akn berubah warnanya nanti.  Kamu jgn risau, aku kuat seperti kamu


Surat Chenta Firdausy



Aku tidak tahu mahu coretkan apa. Tika ini aku masih lagi buntu. Apakah penantian ini bakal berakhir dgn sia-sia atau bermakna?

Jika sebaliknya dari yg aku pinta, baca la ini dari aku..

Kamu seorang laki2 yang baik, taat pada orang tua mu, jujur dan rendah diri sentiasa. Apa yg buat aku jatuh pada diri kamu, adalah saat kamu menyatakan cinta dgn setulus hati kamu.  Tapi sebenarnya cinta itu bukan untuk aku, aku adalah bayang2 pada cinta kamu yg tidak kesampaian. 

Bila dgn kamu, aku rasa berbeza. Aku rasa tenang dan senang, bersungguh-sungguh aku mendoakan kamu di hadapan rumah Allah. 

Dan mungkin sekarang kamu merasa keliru, kamu tidak tahu sama ada pilihan kamu benar atau tidak, mahu ikut kata hati atau hargai apa yg ada dpn mata. Tapi aku tahu, kamu tetap memilih ego.  Dan sebab itu, aku lari selamatkan diri supaya aku tidak la merasa seksa akhirnya nanti, berada bersama org yg anggap aku org lain. 

Aku harap, disaat kamu menoktahkan segalanya. Ketahui lah bahawa aku redha dgn kehendak dan takdirNya.

Aku doakan kamu bahagia, bersama org yg kamu inginkan itu. Walaupun skrg aku berada dlm mendungnya awan. Allahu, aku kuat keranaMu. 


Thursday 9 August 2018

Pertemuan yang Menyimpan Hikmah



Pertemuan dan Perpisahan

Saya mulakan dengan frasa ayat yang cukup saya suka iaitu
‘Kita tak mampu menunda perpisahan mahupun mempercepatkan perpisahan’
Jangan pula kita menunda perpisahan, dan jangan pula kita menolak pertemuan.
Sering kita kaitkan perpisahan dengan sesuatu yang sgt menyedihkan, 
padahal kita lupa akan takdir yang Allah dah tetapkan untuk kita, 
sesuatu yang indah di sebalik perpisahan.

Tak semua orang yang datang dalam hidup kita akan selamanya dengan kita, 
tiba masanya mereka pasti akan pergi jua. 
Allah tetapkan seseorang itu datang dalam hidup kita dalam tempoh yang ditetapkannya. Mungkin seseorang datang dalam bentuk memberi kita satu pengalaman mahupun satu pengajaran.

Credited to: NA



Allah tidak pernah lalai. Pertemuan kita dengan dia pasti ada ibrah atau pelajaran berharga. 

Antaranya:

Pertama, kita tidak dibenarkan memutuskan ukhwah dengan dia. 
Oleh itu, berusaha untuk bersikap wajar dan seimbang.
Kedua, Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia menghadapi reality
Bukankah pertemuan menjadi seksaan batin apabila tidak dihadapi dengan hati yang dingin? 
Bukankah perjumpaan membuatkan hati mendidih, wajah pucat, kurang keyakinan diri, bahkan rasa malu yang berlebihan, terutama pada mereka yang dikecewakan?


Lantas, adakah kita perlu memalingkan wajah, bersikap acuh tidak acuh, dan kasar?


Bukankah Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan, dan Rasulullah s.a.w juga orang yang lemah lembut?
 Cubalah bersikap wajar, tenang dan seimbang.
 Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan muka, dan tidak berharga di hadapan dia.

Setiap orang melalui masa silam yang berbeza.

Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila mengenangnya. Ada pula yang menyakitkan ataupun memalukan sehingga membuatkan kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba terkenang kembali.

Jadikan masa silam sebagai kenangan. 
Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya. 
Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.

Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi, meraih prestasi, dan mengoptimumkan potensi yang kita miliki.

Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.

Keeps your head up!!!

Pada waktu kita berjumpa dengan dia, walaupun terlintas perasaan malu, rendah diri, bahkan jengkel – jangan berasa diri kita rendah dan lemah!

Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia, pasti ada hikmah yang berharga. InsyaaAllah.

Credit to: (nanti I update because I lupa copy link)