Monday, 15 October 2018

PAKU


Dia tanam paku dlm diri aku dulu, skrg dia mahu cabut balik paku tu. Tapi dia x sedar, paku yg akan dia cabut itu akan mematikan jiwa dia, meninggalkan bekas hodoh di jiwa aku. 

Itu la jgn tanda dgn paku, aku bkn puntianak.

Wednesday, 10 October 2018

Nota Aku | 210818



I could see the pain u hold in ur eyes, 
I could see all the untold story hiding deep down in ur heart, 
I could see all the misery u keep it mystery. 

But then it make u feel better, it make u stronger than before, it make u who u are today.

Untuk tarikh ini, aku ingat doa yang aku submit byk2 kali untuk keselamatan dan kesejahteraan kamu.


Nota Aku | 270818



Aku manusia, sama dgn kau. Tak pernah lepas dari membuat kesilapan, kita pendosa tanpa noktah.

Tapi apa yang aku suka pasal kita ialah, kita sentiasa mencuba menjadi lebih baik hari ke hari tanpa menuding jari antara satu sama lain. 


A Blunder


Org yg kental pun tergugat, klu dh makin hari makin di sogok-sogok dengan ayat-ayat yg tak kurang juga buat org dh fikir lain. 

Nk suruh sabar, boleh..

Tapi bila sabar, nk buat org marah plak.

Merintih juga air mata ni.

Tapi takpe la, aku tahu kamu kuat.  Last mesej aku pada kamu bertanyakan kejujuran kamu selama ni, kamu lansung tidak membalasnya.. Bermakna kamu tidak yakin, cuma bermain dgn kata2. Aku takut apa yg kamu buat pada aku 'tulah' pada diri kamu sendiri.  Soal cinta dan syg, aku tidak mampu paksa. Tapi setelah kamu berkata bahawa kamu mencintai org lain, aku fikir kamu tidak akan cari aku lagi. Malah, berkata rindu dan syg pada aku.  Aku ni makhluk yg wujud tika kamu kebosanan dan perlukan saja.  

Aku penat.  Aku tak reti nk luahkan bahawa aku penat.  Demi Allah, tidak la aku berdendam dgn kamu.  Aturan Allah itu sgt cantik, aku bljr byk perkara dari kamu. 

Pergi la, terbang bebas di langit milik mu. 
Cintai org yg kamu ingin cintai, bahagiakan diri sebahagia yg kamu ingin rasai.

Aku dan mendung ku takkan berpisah, tapi aku yakin dan pasti suatu hari nanti mendung aku akn berubah warnanya nanti.  Kamu jgn risau, aku kuat seperti kamu


Surat Chenta Firdausy



Aku tidak tahu mahu coretkan apa. Tika ini aku masih lagi buntu. Apakah penantian ini bakal berakhir dgn sia-sia atau bermakna?

Jika sebaliknya dari yg aku pinta, baca la ini dari aku..

Kamu seorang laki2 yang baik, taat pada orang tua mu, jujur dan rendah diri sentiasa. Apa yg buat aku jatuh pada diri kamu, adalah saat kamu menyatakan cinta dgn setulus hati kamu.  Tapi sebenarnya cinta itu bukan untuk aku, aku adalah bayang2 pada cinta kamu yg tidak kesampaian. 

Bila dgn kamu, aku rasa berbeza. Aku rasa tenang dan senang, bersungguh-sungguh aku mendoakan kamu di hadapan rumah Allah. 

Dan mungkin sekarang kamu merasa keliru, kamu tidak tahu sama ada pilihan kamu benar atau tidak, mahu ikut kata hati atau hargai apa yg ada dpn mata. Tapi aku tahu, kamu tetap memilih ego.  Dan sebab itu, aku lari selamatkan diri supaya aku tidak la merasa seksa akhirnya nanti, berada bersama org yg anggap aku org lain. 

Aku harap, disaat kamu menoktahkan segalanya. Ketahui lah bahawa aku redha dgn kehendak dan takdirNya.

Aku doakan kamu bahagia, bersama org yg kamu inginkan itu. Walaupun skrg aku berada dlm mendungnya awan. Allahu, aku kuat keranaMu.