Aku tidak tahu mahu coretkan apa. Tika ini aku masih lagi buntu. Apakah penantian ini bakal berakhir dgn sia-sia atau bermakna?
Jika sebaliknya dari yg aku pinta, baca la ini dari aku..
Kamu seorang laki2 yang baik, taat pada orang tua mu, jujur dan rendah diri sentiasa. Apa yg buat aku jatuh pada diri kamu, adalah saat kamu menyatakan cinta dgn setulus hati kamu. Tapi sebenarnya cinta itu bukan untuk aku, aku adalah bayang2 pada cinta kamu yg tidak kesampaian.
Bila dgn kamu, aku rasa berbeza. Aku rasa tenang dan senang, bersungguh-sungguh aku mendoakan kamu di hadapan rumah Allah.
Dan mungkin sekarang kamu merasa keliru, kamu tidak tahu sama ada pilihan kamu benar atau tidak, mahu ikut kata hati atau hargai apa yg ada dpn mata. Tapi aku tahu, kamu tetap memilih ego. Dan sebab itu, aku lari selamatkan diri supaya aku tidak la merasa seksa akhirnya nanti, berada bersama org yg anggap aku org lain.
Aku harap, disaat kamu menoktahkan segalanya. Ketahui lah bahawa aku redha dgn kehendak dan takdirNya.
Aku doakan kamu bahagia, bersama org yg kamu inginkan itu. Walaupun skrg aku berada dlm mendungnya awan. Allahu, aku kuat keranaMu.
No comments:
Post a Comment