Menangislah hati jika itu yang melegakan
Menangislah hati jika itu ubatnya
Menangislah, Moga tenang hendaknya
Allah itu dekat
Allah itu dekat
Menangis kerana Allah lebih bermakna
Usah disia-siakan air matamu kerana manusia
Moga diberikan kekuatan dan ketabahan
Berserah sepenuhnya kepada Allah.
Allah Maha Mengetahui apa dalam hati kita.
Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk kita
Menangis dan bersedih bukanlah bererti kita hilang harapan
Menangis dan bersedih bukanlah bererti kita hilang harapan
Jauh sekali untuk menjadikan kita rasa putus asa dgn rahmat Allah
Sesekali menangis,hati kita akn bangkit sedar bahawa kekecewaan bukan
penghalang kebahgiaaan.
Sesekali menangis, jiwa kita di didik dgn indahnya Sabar dan Redha…
Sesekali menangis,percayalah bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu.retaknya
hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahukan…
KasihNya sentiasa dekat,cuma kita yg selalu alpa dan lalai
Ketahuilah bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu bencana dan ujian itu dgn sia-sia
Pasti ada hikmah di sebalik apa yg menimpa
Yakin dan Percayalah
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, ALLAH
mempunyai Cinta dan Kasih yg lebih besar dari segalanya dan ALLAH telah
menciptakan seseorang yg akan menjadi pasangan hidupmu kelak
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi..
Setiap titisan hujan
Yang jatuh membasahi lantai bumi
Yang turun memecahkan kepulan awan
Andai sahaja engkau tahu setiap kali irama air itu jatuh berderaian
Setiap kali itu jua ia bertasbih memuji Tuhannya
Tentu engkau tertunduk malu
Andaikan tidak
Dia yang tidak punya hati pun boleh mengagungkan yang Maha Satu
Lalu kita yang punya hati ini?
Jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih boleh terus melangkah
Serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta
Berikanlah taufik dan hidayah kepadaku, ahli keluargaku, sahabat handai dan
kaum muslimin dan muslimat,setelah engkau berikannya, tetapkanlah iman kami,
dan janganlah engkau bolak balikkan hati kami.
By: Princess Rachael
By: Princess Rachael
No comments:
Post a Comment