Monday, 1 August 2016

Isi dihiris, senyuman melirik



Dunia ini kekadang kelihatan seperti dua , tiga...
Tapi tidak, dunia ini masih lagi satu.
Tak usah dibilang, sengaja aku beritahu,


Walau dimana sekalipun kau pergi,
Tak kira jauh mana sekalipun,
Akan tetap jumpa atas satu titik bulat ini,
Dibawah satu langit,
Bersaksikan tuhanmu...


Apakah kau fikir begitu tinggi darjatmu?
Apakah kau masih fikir berapa kekayaan yg kau miliki?
Apakah kau masih bongkak dengan tuhan mu?
Sedangkan kau mengetahui,
Bahawa...
Dirimu tetap milik tuhan ..


Dengan kezaliman yg kau lakukan,
Menyeksa org yg tidak bersalah,
Menuduh dengan tuduhan berat,
Menuding jari keatas dirinya,
Membuat dirinya dibenci dan membenci,
Membuatkan dirinya terbelenggu,
Bagaikan tali menjerut halkumnya,
Bagaikan udara tidak lagi dihirup,
Dia seakan hanyut dalam mimpi ngeri,
Sukarnya baginya menelan segala kepahitan mahupun kemanisan,
Kesepian siang tidak asing lgi...


Mampukah diri keluar kembali ke alam nyata?
Menangkis segala perasaan yg pernah mencungkil rabak hati,
Menewaskan segala dendam yang pernah bertapak dalam jiwa,
Melupakan segala gelora memakan diri ..
Menghapuskan air mata kebencian,
Sebak diri ini mengenang segala perbuatan mu kawan,


Kawan,
Di saat aku lah org yg mempercayai dirimu sesungguh hatiku,
Akulah tempat kau mengeluarkan segala perkataan hinaan mu..
Tempat kau menjadikan aku sebagai bahan lawak mu,
Tidak cukupkah sehingga kau membuat aku dibenci semua kwn ku..
Tegarnya dirimu menikam kejam belakang ku,
Apakah aku masih tidak layak bersaing denganmu?


Mengapa aku masih bersabar dgn kerenah mu?
Kerana aku tidak ingin menyulitkan segala hal utk mu,
Kerana aku cuba mendidik kesabaran ini,
Yang terkadang aku kecundang ,


Maafkan andai kata-kata ku menyinggung perasaan mu,
Maafkan aku andai aku melukakan hatimu,
Maafkan aku andai aku mengecewakan mu sbgai seorang sahabat,
Aku tak mampu,
Menanggung jiwa yg meronta pedih nya dihiris..

No comments:

Post a Comment