Untuk yg ke berapa kali, aku menulis ini untuk mu.
Entah knp, semakin jauh aku berlari..
Semakin dekat kau dtg menghampiri..
Semakin aku ingin melupakan..
Semakin kau menonjolkan diri ..
Semakin aku cuba memadam segala harapan,
Semakin kau cuba beri ia nafaz baru..
Untuk yang ke berapa kali, aku ingin melarikan diri sekali lagi seperti dulu,
Membiarkan kau dengan kenangan itu,
Agar mudah aku lupakan segalanya,
Tapi jikalau itu sudah ditakdirkan kau dan aku bertemu kembali di atas bumi Allah ini,
Apakan daya upaya untuk aku menghalang segala takdir ini berlaku?
Walaupun pernah dipisah lautan cina selatan suatu ketika dulu,
Namun kenangan itu tak aku lupa,
Tetap ia menjadi suatu kenangan yg terindah,
Walaupun pernah aku menangis kerana hadirnya perasaan itu,
Namun aku juga manusia biasa, mempunyai perasaan.
Asalkan aku tidak melampaui batasan ku,
Akan ku jaga sebaiknya, agar aku tidak lemas.
Aku berharap kau bahagia dan sihat hendaknya,
Moga2 kita akan berjumpa satu hari nanti yg ditakdirkan Allah swt.
Insyallah, amin...
Insan yang mendoakan mu dalam diam.
Princess Racheal
Namun aku juga manusia biasa, mempunyai perasaan.
Asalkan aku tidak melampaui batasan ku,
Akan ku jaga sebaiknya, agar aku tidak lemas.
Aku berharap kau bahagia dan sihat hendaknya,
Moga2 kita akan berjumpa satu hari nanti yg ditakdirkan Allah swt.
Insyallah, amin...
Insan yang mendoakan mu dalam diam.
Princess Racheal
No comments:
Post a Comment