Dahulu aku kata mahukan kehidupan baru,
Setelah merentasi laut cina selatan,
Setelah 2 tahun aku pergi tinggalkan cinta,
Katanya hendak melupakan segala kisah kau dan aku,
Niat nak 'move on' kononnya,
Tapi terkubur oleh diri sendiri,
Dulu dgn megahnya aku berkata,
'Tak mahu berhubung mahupun berjumpanya lagi'
Eleh...
Satu mesej 'Hai' sampai,
Terus kau merekah dan mulai cair,
Dulu kau kata dia terlampau kejam,
Memperlakukan cinta kau sebegini rupa,
Dan kenapa hari ini kau memartabatkannya kembali?
Adakah kau seorang yg tidak tetap pada pendiriannya?
Tidak...
Kerana dalam aku ingin berubah hati,
Masih terselit cintanya,
Dan mengukuhkan keputusan aku,
Tapi..
Terkadang aku terasa hati aku bgai dihiris sembilu,
Bila melihat dia seakan menghiraukan aku,
Bahkan lansung tidak 'serious',
Ya, aku pahami jiwa kamu..
Dan aku pahami kesibukkan kamu,
Tak pernah aku berkecil hati kerana itu,
Cuma aku ...
Trg | 08012017 | Mrs Racheal
No comments:
Post a Comment