Bercinta dengan tunggul kayu, seolah-olah sedang menyeksa diri.
Tabur la sebanyak mana baja yg kau mahu,
Siram la sehingga air dilautan pun kering kontang,
Sinaran cahaya yg tak pernah habis pun sudah jemu dgn sikap kamu!
Apa hasil kau dapat?
Adakah tunggul lantunkan balik perbuatanmu?
Diam2 dia meratah hatimu,
Diam2 dia merobek kasar segala kenangan,
Lantunan cinta yg kau dambakan hanyalah satu angan2 yg tak pernah kau dapat!!
Satu penipuan yg licik.
Dan impian kau roboh dilanggar tsunami cinta.
Membanjiri kau dengan air mata yg tak pernah tumpah selama ini,
No comments:
Post a Comment